Rabu, 14 Januari 2015 | 4:32pm

Djokovic, Williams pilihan utama di Grand Slam Terbuka Australia


GAYA pemain tenis Serbia, Novak Djokovic ketika beraksi di Terbuka Australia, tahun lepas. - Foto EPA

MELBOURNE: Kedua-dua pemain tenis lelaki dan wanita nombor satu dunia, Novak Djokovic dan Serena Williams dinamakan pilihan utama kejohanan Grand Slam Terbuka Australia yang dijadualkan bermula minggu depan.

Begitupun, juara dua kali kejohanan kategori wanita, Victoria Azarenka tidak tersenarai daripada 32 pemain pilihan dalam undian yang dikeluarkan.

Jaguh Serbia, Djokovic memburu gelaran kelimanya di Melbourne Park selepas tersingkir di suku akhir tahun lepas apabila tumbang kepada juara, Stan Wawrinka manakala bintang Amerika Syarikat, Williams mencari gelaran keenamnya.

Bintang tenis veteran, Roger Federer yang memiliki 17 gelaran Grand Slam diletakkan selaku pilihan kedua manakala bintang Sepanyol yang sering dihimpit masalah kecederaan, Rafael Nadal ketiga diikuti Wawrinka dan jaguh Jepun, Kei Nishikori.


JAGUH AS, Serena Williams ketika menjalani latihan di Arena Rod Laver, Melbourne menjelang kejohanan Grand Slam Terbuka Australia, minggu depan. - Foto Reuters

Jelitawan Russia, Maria Sharapova yang memenangi gelaran Brisbane International, minggu lepas menghuni pilihan kedua dalam kategori wanita diikuti Simona Halep, Petra Kvitova dan Ana Ivanovic.

Juara tahun lepas, Li Na dari China tidak beraksi kerana bersara.

Azarenka yang pernah bergelar pemain nombor dua dunia menamatkan kempen 2014 di kedudukan 32 dunia namun kekalahan di pusingan pertama Brisbane International menyaksikan kedudukannya tergelincir di tempat ke-41 dunia.

Jaguh Belarus itu memenangi gelaran Terbuka Australia dua kali berturut-turut pada 2012 dan 2013 namun dihimpit masalah kecederaan berlarutan dan peribadi, tahun lepas. - AFP

Senarai pilihan

(lelaki)

1. Novak Djokovic (SRB)

2. Roger Federer (SUI)

3. Rafael Nadal (ESP)

4. Stan Wawrinka (SUI)

5. Kei Nishikori (JPN)

6. Andy Murray (GBR)

7. Tomas Berdych (CZE)

8. Milos Raonic (CAN)

9. David Ferrer (ESP)

10. Grigor Dimitrov (BUL)

11. Ernests Gulbis (LAT)

12. Feliciano Lopez (ESP)

13. Roberto Bautista Agut (ESP)

14. Kevin Anderson (RSA)

15. Tommy Robredo (ESP)

16. Fabio Fognini (ITA)

17. Gael Monfils (FRA)

18. Gilles Simon (FRA)

19. John Isner (USA)

20. David Goffin (BEL)

21. Alexandr Dolgopolov (UKR)

22. Philipp Kohlschreiber (GER)

23. Ivo Karlovic (CRO)

24. Richard Gasquet (FRA)

25. Julien Benneteau (FRA)

26. Leonardo Mayer (ARG)

27. Pablo Cuevas (URU)

28. Lukas Rosol (CZE)

29. Jeremy Chardy (FRA)

30. Santiago Giraldo (COL)

31. Fernando Verdasco (ESP)

32. Martin Klizan (SVK)

(Wanita)

1. Serena Williams (USA)

2. Maria Sharapova (RUS)

3. Simona Halep (ROM)

4. Petra Kvitova (CZE)

5. Ana Ivanovic (SRB)

6. Agnieszka Radwanska (POL)

7. Eugenie Bouchard (CAN)

8. Caroline Wozniacki (DEN)

9. Angelique Kerber (GER)

10. Ekaterina Makarova (RUS)

11. Dominika Cibulkova (SVK)

12. Flavia Pennetta (ITA)

13. Andrea Petkovic (GER)

14. Sara Errani (ITA)

15. Jelena Jankovic (SRB)

16. Lucie Safarova (CZE)

17. Carla Suarez Navarro (ESP)

18. Venus Williams (USA)

19. Alize Cornet (FRA)

20. Samantha Stosur (AUS)

21. Peng Shuai (CHN)

22. Karolina Pliskova (CZE)

23. Anastasia Pavlyuchenkova (RUS)

24. Garbine Muguruza (ESP)

25. Barbora Zahlavova Strycova (CZE)

26. Elina Svitolina (UKR)

27. Svetlana Kuznetsova (RUS)

28. Sabine Lisicki (GER)

29. Casey Dellacqua (AUS)

30. Varvara Lepchenko (USA)

31. Zarina Diyas (KAZ)

32. Belinda Bencic (SUI)

21 dibaca
Berita Harian X