Ahad, 4 Jun 2017 | 8:46am

Corbyn sifatkan kejadian di London ganas, mengejutkan

LONDON: Ketua pembangkang British, Jeremy Corbyn menyifatkan insiden di tengah London sebagai 'ganas dan mengejutkan'.

Ini berikutan laporan sebuah van merempuh pejalan kaki di London Bridge dan beberapa insiden tikam di kawasan pasar Borough yang terletak berhampiran.


KETUA pembangkang British, Jeremy Corbyn. - Foto AFP

"Takziah kepada mangsa dan keluarga mereka. Terima kasih kepada pasukan kecemasan," kata Corbyn menerusi Twitter.

Pilihan raya umum Britain akan diadakan Khamis ini. Perdana Menteri Theresa May akan mengetuai mesyuarat kecemasan, hari ini.

Reuters

110 dibaca
Berita Harian X