Sabtu, 3 Jun 2017 | 7:37am

Gempa bumi kuat di Kepulauan Near, Aleutian


IMEJ menunjukkan lokasi Kepulauan Near dan Kepulauan Aleutian yang dilanda gempa bumi 6.5 magnitud kira-kira 7,119 kilometer (km) dari Timur Laut Kudat, Sabah pada jam 6.24 pagi ini.

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat 6.5 magnitud melanda Kepulauan Near dan Kepulauan Aleutian, kira-kira 7,119 kilometer (km) dari timur Laut Kudat, Sabah pada jam 6.24 pagi tadi.

Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata tiada ancaman tsunami dikeluarkan.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) pula berkata, gempa terjadi pada kedalaman 10 kilometer di kawasan berhampiran gugusan kepulauan gunung berapi terletak antara Alaska dan pantai Russia.

Dalam pada itu, ribut petir di perairan Sandakan dan Tawau di Sabah serta perairan Palawan, Sulu dan Sulawesi dijangka berterusan hingga pagi ini.

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kilometer sejam (kmsj) serta laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

27 dibaca
Berita Harian X