Khamis, 1 Jun 2017 | 1:44pm

Inspektor ditemui mati dengan tembakan di kepala


PEMAIN Kelantan, Abou Bakr Al Mel melakukan cubaan ke arah pintu gol lawan dan cuba dihalang penjaga gol Kedah, Mohd Farhan Abu Bakar pada aksi perlawanan Piala Malaysia dalam Kumpulan C di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV) Kota Bharu. - Foto Syamsi Suhaimi

PASIR PUTEH: Seorang anggota polis berpangkat inspektor ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, di sini, pagi ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata mangsa Ahmad Al-Syamir Sharif Folidin, 29, yang bertugas sebagai pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) IPD Pasir Puteh, disahkan mati oleh pegawai perubatan Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh, pada jam 9.40 pagi tadi.

Beliau berkata, ketiadaan mangsa pada mesyuarat pagi di IPD berkenaan menyebabkan usaha mengesannya dilakukan oleh anggota bilik gerakan sehingga menemui mangsa yang berada di kerusi di pejabatnya dengan kesan tembakan.

"Unit forensik PDRM masih menjalankan siasatan dan mangsa dihantar ke HTA untuk bedah siasat.

"Buat masa ini kita mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut," katanya ketika ditemui di sini.

Din berkata, pegawai itu berasal dari Selangor, masih bujang dan bertugas di IPD berkenaan sejak 8 Mei 2016 sebagai pegawai penyiasat jabatan jenayah komersil.

550 dibaca
Berita Harian X