Jumaat, 26 Mei 2017 | 2:40pm

3 suspek insiden bom di Jakarta diberkas


POLIS berkawal di sebuah stesen bas selepas kejadian letupan bom di Jakarta, Indonesia. EPA

JAKARTA: Polis Indonesia, hari ini, memberkas tiga suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan yang mengorbankan tiga anggota polis di sebuah stesen bas, kelmarin.

Ketua Perhubungan Awam Polis Jawa Barat, Yusri Yunus, mengesahkan penahanan itu dalam satu mesej teks.

Beliau berkata, tangkapan itu dibuat di Bandung, namun enggan mendedahkan maklumat lanjut berhubung perkara itu. - REUTERS

28 dibaca
Berita Harian X