Isnin, 22 Mei 2017 | 6:26pm
KEADAAN motosikal yang ditungang mangsa di di Kilometer 39.1 Lebuhraya Kesas, Subang Jaya, pagi tadi. - Foto ihsan PDRM

Penunggang maut, kes langgar lari


KEADAAN motosikal yang ditungang mangsa di di Kilometer 39.1 Lebuhraya Kesas, Subang Jaya, pagi tadi. - Foto ihsan PDRM

SUBANG JAYA: Polis memerlukan bantuan orang ramai untuk mengesan saksi kemalangan langgar lari yang menyebabkan seorang penunggang motosikal maut di Kilometer 39.1, Lebuhraya Kesas, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, Lim Tein Po, 48, yang menunggang motosikal jenis Kawasaki dikatakan dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan tidak kenal pasti sebelum tercampak ke atas pembahagi jalan di kiri lebuh raya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Kamaludin Mohamad, berkata mangsa yang cedera parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kemalangan mengakibatkan kenderaan mangsa rosak di bahagian hadapan sebelah kiri, calar di sebelah kiri serta pecah di bahagian belakang.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor K Ratnacristinavany di talian 017-9074893.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

125 dibaca
Berita Harian X