Selasa, 16 Mei 2017 | 10:56pm

Mesir bendung taun dari Yaman


PENDUDUK menerima rawatan perubatan di sebuah hospital di Sana'a, Yemen. - Foto EPA

KAHERAH: Mesir melaksanakan langkah kecemasan, termasuk kuarantin di lapangan terbang dan pelabuhan bagi menghalang penyebaran wabak taun dari Yaman.

Kementerian Kesihatan berkata, penumpang yang tiba dan pulang di lapangan terbang akan menjalani imbasan wajah bagi memastikan mereka tidak membawa wabak itu.

Ibu kota ini adalah titik hubungan utama untuk Yaman dengan penerbangan dari dan ke ibu kota Sanaa serta kawasan lain.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata, wabak taun Yaman meragut 124 nyawa sejak dua minggu lalu. - AP

13 dibaca
Berita Harian X