Sabtu, 6 Mei 2017 | 8:44pm
SALAH seorang pekerja pemotong rumput berjaya naik selepas terperangkap didalam terowong air ketika berteduh daripada hujan di KM 10 Lebuhraya lembah Klang Selatan(SKVE). - Foto Ihsan Pembaca

6 pemotong rumput terperangkap dalam terowong air


ANTARA pekerja pemotong rumput yang terperangkap didalam terowong air ketika berteduh daripada hujan di KM 10 Lebuhraya lembah Klang Selatan(SKVE). - Foto Ihsan Pembaca

CYBERJAYA: Seramai enam pemotong rumput warga Indonesia yang terperangkap di dalam terowong laluan air di KM10 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), di sini, berjaya diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya, Izman Adnan, berkata dalam kejadian pada jam 3.46 petang itu, kesemua mangsa dipercayai memotong rumput di kawasan tepi lebuh raya berkenaan sebelum hujan lebat.

Katanya mereka kemudian masuk ke dalam terowong itu untuk berteduh, namun tidak sempat keluar apabila air naik secara mendadak.

"Ketika bomba sampai di tempat kejadian semua mangsa sedang berada di tepi tebing terowong itu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata seramai lapan anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan semua mangsa, selain turut menyelamatkan seekor kucing yang secara kebetulan turut terperangkap di bawah terowong berkenaan. - BERNAMA

61 dibaca
Berita Harian X