Jumaat, 21 April 2017 | 10:11pm

Media Prima Labs lancar aplikasi JJCM


NAZRUDIN Habibur Rahman (kiri) Li Eee Kee (dua kiri) Mirrah Nadhirah Ab Aziz (tengah), Siti Ummirah Zaidi dan Tan Ee Ern (kanan) hadir pada majlis pelancaran aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) di Kuala Lumpur, malam ini. - Foto Zunnur Al Shafiq

KUALA LUMPUR: Media Prima Labs (MP Labs) melancarkan aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) bagi membolehkan pengguna mendapatkan maklumat dan tawaran menarik tempat makan dikunjungi kru produksi JJCM.

Pengurus Produksi Aplikasi JJCM, Li Eee Kee, berkata antaranya termasuk diskaun sehingga 70 peratus bagi restoran terpilih menerusi paparan ' Offpeak Deals' yang akan dikemas kini setiap hari.

Katanya, pada masa sama aplikasi itu menawarkan fungsi tempahan restoran menerusi kerjasama antara Media Prima Digital dan Offpeak.

"Makanan dan rakyat Malaysia berpisah tiada. Oleh sebab itu, Media Prima Digital berpendapat aplikasi ini dapat membantu mereka yang menghadapi kepayahan membuat keputusan untuk makan di mana.

"Bukan itu sahaja, tawaran diskaun Offpeak juga memberi peluang kepada pengguna berkenaan menikmati hidangan kegemaran mereka dengan harga yang lebih rendah," katanya berucap pada majlis pelancaran aplikasi berkenaan di sini, malam ini.

Aplikasi JJCM boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna iOS dan Android masing-masing di Apple Store dan Play Store.

32 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »