Selasa, 25 April 2017 - 5:06AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Malindo Air terima sijil keanggotaan IATA

KUALA LUMPUR: Malindo Air menerima sijil keanggotaan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Sebelum itu, Malindo Air diperakui oleh Audit Keselamatan Operasi IATA, iaitu sistem penilaian yang diterima dan diiktiraf di peringkat antarabangsa direka bagi menilai pengurusan operasi serta sistem kawalan sesebuah syarikat penerbangan, katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy, berkata Malindo Air akan mewujudkan nilai yang lebih baik dan membuat lebih banyak pencapaian dengan menjadi anggota IATA.

"Kami mahu terus meletakkan diri kami setanding dengan standard penerbangan antarabangsa dan kami berharap untuk maju bersama-sama dengan rakan industri kami," katanya.

Dengan keanggotaan terbaharu itu, IATA sekarang mempunyai 274 anggota dari 117 negara.

BERNAMA


Trending

    Disyorkan