Rabu, 28 Jun 2017 - 6:34PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Keputusan undian separuh akhir Liga Juara-Juara

NYON (SWITZERLAND): Juara 11 kali Real Madrid akan menentang seteru tetangga Atletico Madrid pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara, selepas undian dilakukan sebentar tadi.

Satu lagi aksi separuh akhir menemukan Monaco dan Juventus.

Real dan Monaco akan menjadi tuan rumah perlawanan pertama pada 2 dan 3 Mei ini.

Pada final 2014 dan 2016, Real Madrid menewaskan Atletico tetapi bermain di tempat lawan pada perlawanan kedua memberi kelebihan kepada seteru Real itu.

Pertemuan antara Monaco dan Juventus pula menyaksikan pertembungan antara juara Perancis yang begitu tajam di barisan depan dengan 24 gol dijaringkan sejak mara ke peringkat kumpulan, dan juara Itali yang begitu ampuh di benteng dengan hanya dua kali dibolosi sepanjang kempen kali ini.

Monaco, yang disingkirkan juara dua kali Juventus pada separuh akhir Liga Juara-Juara 1997-98, belum pernah menjuarai kejohanan ini dengan pencapaian terbaik ialah mara ke final pada edisi 2004. - REUTERS


Trending

    Disyorkan