Ahad, 25 Jun 2017 - 8:27AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Angkara penyokong degil, JDT, TRW berdepan hukuman


JOHOR Darul Ta'zim (JDT) dan Kelantan bakal dikenakan hukuman oleh Jabatan Undang-Undang, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

KUALA LUMPUR: Angkara tindakan penyokong sendiri, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kelantan bakal dikenakan hukuman oleh Jabatan Undang-Undang, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

JDT dipersalahkan berikutan tindakan penyokongnya membaling gulungan kertas resit ke atas balapan sebelum sepak mula perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin menentang Melaka 9 April lalu.

Penyokong Kelantan pula dilaporkan membaling botol ke arah pemain pasukan JDT yang sedang meraikan jaringan ketika pertemuan Liga Super antara kedua-dua pasukan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 12 April.

"Adalah diingatkan mengikut Perkara 5.8.2(a)(vi) Organisasi Teknikal Pertandingan, Manual Liga Malaysia, penonton atau penyokong PTR (Pasukan Tuan Rumah) melanggar peraturan FMLLP, maka PTR akan dipertanggungjawabkan.

"Begitulah juga jika penonton atau penyokong Pasukan Pelawat (PL) yang melanggar peraturan, maka PL mestilah bertanggungjawab.

"Antara kesalahan yang boleh dikenakan hukuman adalah membawa objek merbahaya, bahan letupan dan bom asap ke dalam stadium, membaling objek ke dalam padang, rusuhan di dalam dan luar stadium serta apa jua yang menyalahi Undang-Undang Malaysia dan Peraturan FMLLP," kata FMLLP dalam kenyataan hari ini.

FMLLP berkata, mereka sudah memanjangkan perkara ini kepada Jabatan Undang-Undang FAM untuk tindakan selanjutnya mengikut Kod Tatatertib FAM seperti yang termaktub dalam Perkara 40.1 Peraturan Pertandingan dan Perkara 5.25.2 (c) Organisasi Teknikal Pertandingan, Manual Liga Malaysia.


Trending

    Disyorkan