Rabu, 28 Jun 2017 - 6:32PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Jangan terlalu ghairah buru gol - Latiff

Oleh Faizul Azlan Razak



KAPTEN Terengganu, Abdul Latiff Suhaimi (kiri). - Foto Hazreen Mohamad

KUALA TERENGGANU: Kapten Terengganu, Abdul Latiff Suhaimi berharap rakan sepasukan tidak terlalu ghairah memburu gol apabila turun menentang Sarawak dalam aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sarawak, malam ini.

Sebaliknya, dia meminta rakan sepasukan bersabar dan bertenang kerana bimbang keghairahan memburu gol boleh membawa padah kepada pasukan itu tatkala Sarawak memiliki kelebihan satu gol di tempat lawan.

"Di atas kertas, Sarawak mempunyai kelebihan satu gol, tapi dalam bola sepak keputusan boleh berubah dalam tempoh 90 minit.

"Saya yakin dengan persiapan yang dilakukan jurulatih (Irfan Bakti Abu Salim) kami akan terjemahkan dalam perlawanan ini.

"Malah, saya akui tugas cukup berat buat kami, namun sebagai pemain itu bukan alasan dan kami kena terima serta sahut cabaran dengan melakar kejayaan cemerlang malam ini," katanya kepada BH Sukan.

Pemain tengah berusia 27 tahun itu berkata, kekalahan 0-4 kepada UiTM FC dalam aksi Liga Perdana minggu lalu memang dirasai, tapi mereka sudah melupakannya kerana memberi fokus menghadapi skuad Bujang Senang.

"Saya percaya kembalinya Ismail Faruqi Ashaari dapat menambah kekuatan pasukan dan kami sememangnya memerlukan pemain kreatif seperti dia. Justeru, kita harap keajaiban dan tuah memihak Terengganu malam ini," katanya.

Pada aksi suku akhir pertama, Sarawak mengikat tuan rumah itu 1-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, 2 April lalu.


Infografik

Trending

    Disyorkan