Selasa, 25 April 2017 - 5:12AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Nasrudin terima pencalonan Naib Presiden

Oleh Nazura Ngah



KETUA Penerangan PAS, Nasrudin Hassan At-Tantawi menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS Ke-62 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa. - Foto Abdullah Yusof

KUALA LUMPUR: Persaingan merebut tiga kerusi Naib Presiden PAS pada muktamar parti itu akhir bulan ini dijangka sengit berikutan Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan menerima pencalonan untuk mengisi jawatan itu.

Sebelum ini tiga penyandang iaitu Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah dan EXCO Kanan Kerajaan Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menyatakan hasrat mempertahankan jawatan itu.

Seorang lagi yang menerima pencalonan bagi mengisi jawatan itu iaitu Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Setiausaha Agung PAS menarik diri daripada bertanding.

Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, beliau menerima pencalonan itu berasaskan semangat berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan (Fastabiqul Khairat).

"Terima kasih atas kepercayaan yang diberi sementara saya percaya, bahawa saya bukanlah orang yang terbaik.

"Tanpa menghilangkan rasa hormat dan jauh sekali melunturkan rasa kasih saya kepada semua rakan kepemimpinan PAS yang lain serta meraikan pencalonan daripada perwakilan, saya dengan segala rendah diri menerima pencalonan Naib Presiden PAS," katanya dalam kenyataan hari ini.


Trending

    Disyorkan