Ahad, 4 Januari 2015 | 7:09pm
SEBUAH lori satu tan membawa ikan toman dan katak terbalik di kilometer 274.5 Lebuhraya PLUS arah selatan kira-kira jam 4.30 petang tadi sehingga menyebabkan laluan sesak - Foto ihsan BOMBA

Lori bawa ikan toman, katak terbalik dekat Nilai

NILAI: Sebuah lori satu tan yang membawa ikan toman dan katak terbalik dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada kira-kira jam 4 petang tadi.

Kejadian berlaku di kilometer 274.5 itu menyebabkan keadaan di arah laluan itu sesak sepanjang kira-kira 1.5 kilometer.

Bagaimanapun, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan tiada kemalangan jiwa dan pemandu lori terbabit dilaporkan selamat.

265 dibaca
Berita Harian X