Jumaat, 24 March 2017 | 7:11pm

Ahmad Zahid solat Jumaat bersama anggota PDRM


DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama TAN Sri Khalid Abu Bakar bersalaman dengan anggota polis selepas menunaikan solat Jumaat sempena Sambutan Hari Polis ke-210 di PULAPOL, Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunaikan solat Jumaat bersama-sama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Salehin, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Sultan Yahya Petra di sini, hari ini.

Mengiringi beliau ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, pegawai tinggi PDRM serta kira-kira 3,000 jemaah.

Khutbah khas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertajuk 'Integriti Melonjak Kualiti Hidup' disampaikan Superintendan Ghazali Daud daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, merangkap Imam 1 Masjid Bukit Aman.

Beliau turut mengimamkan solat Jumaat.

Kunjungan Ahmad Zahid ke PULAPOL adalah bersempena sambutan Hari Polis ke-210 yang akan diadakan esok. - BERNAMA

127 dibaca
Berita Harian X