Jumaat, 17 March 2017 | 12:33am

Mohd Sirhajwan dalam senarai akhir Hadiah Guru Global


Mohd Sirhajwan (tengah) bersama ayahnya, Idek Asal (dua dari kanan) dan ibunya, Bintek Abdul Rahman (dua dari kiri) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, sebelum berlepas ke UAE.

KUALA LUMPUR: Guru Kolej Vokasional Keningau, Sabah, Mohd Sirhajwan Idek, 29, disenarai pendek dalam kelompok 50 guru untuk dipilih sebagai penerima Hadiah Guru Global 2017 di Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Hadiah berprestij itu anjuran Yayasan Varkey dan dijangka disampaikan Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum pada Isnin ini.

Penerima akan membawa pulang hadiah wang tunai AS$1 juta (RM4.43 juta).

Mengikut laman sesawang www.globalteacherprize.org, lebih 20,000 guru dari 179 negara dicalonkan, sebelum 50 orang disenarai pendek sebagai penerima.

Tahun lalu, Mohd Sirhajwan adalah antara lima guru bahasa Inggeris yang terpilih menerima biasiswa 'Macmillan English' anjuran Macmillan Education Teachers at the Heart di United Kingdom (UK) selepas menang satu pertandingan yang mendapat penyertaan dari seluruh dunia.

Dalam pada itu, Mohd Sirhajwan ketika dihubungi berkata, beliau amat bersyukur kerana berada dalam senarai pendek 50 guru dari serata dunia yang disenarai pendek untuk menerima hadiah berkenaan.

947 dibaca
Berita Harian X