Rabu, 15 March 2017 | 9:37am
LALUAN di kedua-dua lorong terhalang akibat nahas dua lori di Kilometer 331.6 arah utara Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), hari ini. - Foto ihsan pembaca
Muatan lori berselerak di lebuh raya dalam nahas di Kilometer 331.6 arah utara Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), hari ini. - Foto ihsan pembaca

Lagi lori terbalik halang lebuh raya


NAHAS dua lori menunjukkan salah satu kenderaan itu terbalik dan remuk manakala muatan yang dibawa berselerak di Kilometer 331.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), hari ini. - Foto ihsan pembaca

IPOH: Nahas dua lori dipercayai membawa muatan berlebihan menyebabkan kedua-dua laluan di Kilometer 331.6, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), hala utara berhadapan kawasan Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Tapah, terhalang awal pagi tadi.

Dalam kejadian 7.20 pagi itu, salah satu lori yang membawa barangan elektrik terbalik dan remuk manakala muatannya berselerak di atas lebuh raya.

Namun sehingga kini tiada laporan kecederaan dilaporkan.

Jurucakap PLUS berkata, kemalangan menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir dua kilometer, namun kemudian kenderaan dilencongkan melalui jalan masuk ke RnR berkenaan dan keluar semula menyebabkan lalu lintas perlahan.

Katanya, sehingga jam 9.15 pagi tadi kerja-kerja mengalihkan lori dan muatan yang berselerak masih dilakukan.

58 dibaca
Berita Harian X