Rabu, 28 Jun 2017 - 6:43PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Huawei perkenal siri telefon pintar P10

Oleh Che Wan Badrul Alias



MODEL menunjukkan telefon pintar Huawei iaitu Huawei P10 dan P10 Plus ketika pelancaran the new Huawei P10 and P10 Plus siri P10 di Shah Alam. - Foto Roslin Mat Tahir

KUALA LUMPUR: Huawei Consumer Business Group memperkenalkan telefon pintar ikonnya, P10 Lite, P10 dan P10 Plus yang masing-masing ditawarkan pada harga RM1,299, RM2,499 dan RM3,099 di pasaran Malaysia.

Peranti pintar yang menjadi tumpuan media ketika pertama kali diperkenalkan di Barcelona tiga minggu lalu itu akan dibuka untuk pra-tempahan bermula 23 Mac menerusi platform Huawei Experience Store, Lazada dan Vmall.

Pelancaran siri P10 menyaksikan gergasi elektronik China itu meneruskan kecemerlangan kerjasama dengan Leica merevolusi gaya hidup fotografi digital dengan menjadi telefon pintar pertama yang memiliki lensa kamera hadapan Leica bagi P10 dan P10 Plus.

Timbalan Pengarah Negara Huawei Consumer Business Group (Malaysia), Matthew Ng, berkata sekali lagi Malaysia menjadi satu daripada pasaran terawal yang melancarkan peranti terkini jenama itu dalam komitmen menawarkan kemajuan teknologi mudah alih untuk pengguna.

Katanya, kumpulan yakin kehadiran siri P10 terbaharunya itu akan mengukuhkan kehadiran Huawei di pasaran Malaysia lebih-lebih lagi dengan tawaran harga yang lebih berdaya saing dan mampu milik untuk golongan fokusnya.

"Sejak pelancaran siri P9, Huawei sudah meletakkan Malaysia sebagai antara pasaran paling penting di rantau ini, dibuktikan dengan pertumbuhan jualan kukuh direkodkan negara ini sejak sembilan tahun lalu.

"Huawei ketika ini menerajui penguasaan pasaran telefon pintar premium Malaysia dengan lebih 50 peratus dan kami meninjau untuk terus meluaskan penguasaan di Malaysia sejajar usaha mencapai sasaran global kami," katanya ketika melancarkan siri P10 di Shah Alam, tadi.


Trending

    Disyorkan