Khamis, 23 Februari 2017 | 9:32am

Saham Asia susut

SINGAPURA: Saham Asia berundur daripada paras tinggi 19 bulan pada Khamis, sementara dolar cuba untuk kekal stabil dari kerugian yang dialami berikutan kebangkitan pasaran ekuiti AS.

Minit mesyuarat Rizab Persekutuan menunjukkan pendekatan berhati-hati kepada lebih banyak kenaikan kadar faedah.

Indeks meluas MSCI bagi saham Asia Pasifik di luar Jepun lebih rendah.

Nikkei Jepun susut 0.1 peratus, sementara saham Australia juga jatuh 0.3 peratus.

Di Wall Street, Dow Jones Industrial Average menamatkan dagangan hampir 0.2 peratus lebih tinggi, iaitu paras tertinggi buat kali sembilan berturut-turut.

Prestasi meyakinkan itu bagaimanapun tidak diikuti oleh indeks lain dengan S&P 500 dan Nasdaq masing-masing ditutup sekitar 0.1 peratus lebih rendah.

- Reuters

22 dibaca
Berita Harian X