Isnin, 16 Januari 2017 | 11:14am
ANGGOTA bomba memadam kebakaran dua rumah di Kampung Sungai Bogak, Bagan Serai. - Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

7 tinggal sehelai sepinggang


ANGGOTA bomba memadam kebakaran dua rumah di Kampung Sungai Bogak, Bagan Serai. - Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

BAGAN SERAI: Tujuh penghuni dua rumah di Kampung Sungai Bogak di sini, tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka terbakar, malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai, Nasir Wahab, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 10 malam.

"Kami sempat memadamkan kebakaran yang mula merebak ke rumah ketiga kedua sebaik tiba di lokasi kejadian.

"Berbekalkan kekuatan tiga jentera bomba termasuk BBP Parit Buntar dan Kamunting, kami berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 15 minit dan api dipadam sepenuhnya dalam tempoh 45 minit," katanya.

Nasir berkata, pihaknya mengenal pasti kebakaran bermula dari bahagian dapur rumah pertama, namun punca sebenar kebakaran dan anggaran kerugian ditanggung mangsa masih dalam siasatan.

166 dibaca
Berita Harian X