Rabu, 11 Januari 2017 | 12:37pm

Lazada lancar Oriental Pavilion

KUALA LUMPUR: Portal beli-belah terkemuka, Lazada memperkenalkan 'Oriental Pavilion' kepada pelanggan di negara ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Menerusi laman webnya, pengguna di negara ini boleh membeli-belah barangan jenama terkemuka dari China seperti Semir, QCY, Bluedio dan Puppyoo.


SUMBER lazada.com.my

Ketua Eksekutif Lazada Malaysia, Hans-Peter Ressel, berkata pelancaran Oriental Pavillion adalah tepat kerana pelanggan kini mempunyai akses untuk pelbagai produk bermutu tinggi dengan harga berpatutan.

"Langkah ini akan membawa masuk lebih banyak peluang kepada kami seiring dengan usaha syarikat untuk menaik taraf pengalaman pengguna menerusi tawaran pelbagai pilihan produk dengan nilai terbaik," katanya pada majlis pelancaran 'Oriental Pavillion' di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Lazada Malaysia turut melancarkan kempen Tahun Baharu Cina yang akan berlangsung dari 17 hingga 19 Januari ini dan pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 88 peratus untuk beberapa jenama terpilih.

114 dibaca
Berita Harian X