Khamis, 5 Januari 2017 | 10:41pm

Suspek penyerang letupan di Izmir ditembak mati


LOKASI serangan bom kereta di luar sebuah mahkamah di barat bandar Izmir, Turki, hari ini. - Foto EPA

ANKARA: Polis Turki menembak mati dua pengganas selepas insiden letupan di luar mahkamah di bandar Izmir, barat Turki hari ini, lapor agensi berita tempatan.

Agensi berita Anadolu melaporkan polis masih cuba mengesan seorang suspek.

Rangkaian televisyen Cable News Networking (CNN) Turki melaporkan, bom kereta dikatakan meletup di luar pintu masuk yang menjadi laluan pendakwa raya dan hakim di bandar dekat Laut Aegean.

Jurucakap majlis perbandaran Izmir berkata, sekurang-kurangnya 10 orang cedera dan seorang daripadanya parah. - REUTERS

49 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »