Selasa, 13 Disember 2016 | 11:16pm

NSTP sapu bersih kategori Foto Anugerah Wartawan Muda 2015


WARTAWAN New Straits Times, Avila Geraldine (dua kanan) dinobatkan naib johan bagi kategori Penulisan Rencana Bahasa Inggeris manakala wartawan New Straits Times, Olivia Jessica Peter (kiri) mendapat Merit bagi kategori yang sama pada Majlis Malam Anugerah Wartawan Muda di Putera Ballroom, Kota Kinabalu. - Foto Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: The New Straits Times Press (NSTP) sapu bersih kategori Foto bagi Anugerah Wartawan Muda 2015 Jabatan Penerangan-Kumpulan Yayasan Sabah, di sini sebentar tadi.

Jurugambar NSTP, Malai Rosmah Tuah menjadi Johan bagi kategori itu menerusi gambar bertajuk Sambutan Harijadi TYT Meriah manakala tempat kedua dimenangi oleh wartawan BH, Mohd Nazllie Zainul manakala tempat ketiga juga dimenangi oleh Malai Rosmah.

Bagi Anugerah Penulisan Rencana Bahasa Inggeris, wartawan New Straits Times (NST), Avila Geraldine Samuel Chong, mendapat tempat kedua.

Majlis itu dirasmikan oleh Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad.

Yang turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Asnimar Sukardi dan Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Empat anugerah yang dipertandingkan bagi Anugerah Wartawan Muda 2015 Jabatan Penerangan-Kumpulan Yayasan Sabah iaitu Anugerah Penulisan Rencana Dalam Bahasa Malaysia, Anugerah Penulisan Rencana dalam Bahasa Inggeris, Foto Terbaik dan Dokumentari Terbaik (Penyiaran).

Anugerah ini terbuka kepada wartawan yang berusia 36 tahun ke bawah dengan sebanyak 47 penyertaan telah diterima.

Majlis yang julung kali dianjurkan itu bukan saja untuk mengiktiraf media tempatan tetapi juga sebagai satu usaha untuk memberi galakan kepada wartawan muda tempatan agar terus menghasilkan berita bermutu berkaitan pembangunan, ekonomi, kemajuan dalam bidang pendidikan dan sosial khususnya di negeri ini.

34 dibaca
Berita Harian X