;
Ahad, 11 Disember 2016 | 10:37am

Pelakon veteran, Zakaria Yusof meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Zakaria Yusof, 65, yang aktif membintangi drama Melayu pada era 1980-an, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pagi tadi.

Allahyarham Zakaria yang baru pulang daripada menunaikan ibadat umrah, Rabu lalu, meninggal dunia akibat kompilasi jangkitan kuman pada paru-paru, buah pinggang dan jantung, kira-kira 6.45 pagi.


Pelakon veteran, Zakaria Yusof, 65, yang aktif membintangi drama Melayu pada era 1980-an, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pagi tadi.

Allahyarham Zakaria menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Fatimah Ali, 65, dan empat orang anak.

Menantu Allahyarham, Rashidah Mohd Yusof memberitahu BH Online, arwah mengadu sakit dada pada sebelah malam selepas tiba di rumah, Rabu lalu.

"Arwah mengadu sesak nafas. Keluarga segera menghubungi ambulans dan menghantarnya ke HKL," katanya.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran Taman Permata, Hulu Klang, sebentar lagi.

6305 dibaca
RAKAN artis menziarahi jenazah pelakon Zakaria Yusof di Surau Taman Permata, Ulu Klang. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi
Berita Harian X