Khamis, 1 Disember 2016 | 11:13pm

Banjir: Pasir Puteh dalam keadaan berjaga-jaga


Beberapa kawasan rendah di Kampung Tasek, Pasir Puteh, kini mula ditenggelami air berikutan hujan lebat sepanjang hari ini. - Foto ihsan pembaca

PASIR PUTEH: Semua anggota penguat kuasa dan keselamatan di jajahan ini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sekarang, selepas beberapa kawasan rendah, di jajahan ini dinaiki air berikutan hujan tidak berhenti sepanjang hari ini.

Bagaimanapun, sehingga ini, belum ada lagi penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan walaupun kawasan rendah seperti di Kampung Raja, Tasek dan Bukit Awang, air mulai naik sehingga mencecah kira-kira satu meter.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Pasir Puteh, Mohd Anis Hussin, berkata setakat ini, arahan berpindah ke pusat perpindahan belum lagi dikeluarkan.

Beliau berkata, Pejabat PBPM Pasir Puteh akan dijadikan pusat operasi jajahan dan menempatkan pelbagai peralatan keselematan, termasuk bot ronda bagi operasi banjir jika banjir melanda.

197 dibaca
Berita Harian X