Khamis, 1 Disember 2016 | 2:18pm

Usah peduli kritikan RUU355 - Puteri

KUALA LUMPUR : Pergerakan Puteri UMNO terus berikrar taat setia dan mengamalkan prinsip walak, yang ber maksud nilai cinta kasih, kepatuhan, sumpah setia, taat dan bai'ah, yang wajib diberikan kepada seseorang pemimpin yang sah.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, tindakan berkenaan akan dizahirkan dalam gerak kerja Puteri bagi memastikan parti keramat UMNO memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) 14.


KETUA Puteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin. - Foto Yusni Ariffin

"Terima kasih kepada Presiden kerana mengiktiraf hasil usaha dan taat setia Puteri selama ini.

"Dalam konsep puteri, kesetiaan tidak dizahirkan melalui kata-kata sahaja tetapi tetapi gerak kerja menerusi Unit Khas Pilihan Raya (UKP) yang terdiri daripada Skuad IT (Teknologi Maklumat), Skuad Penerangan dan Skuad #PuteriPeduli bagi memastikan persiapan siapa siaga PRU14," katanya.

Sementara itu, Mas Ermieyati, berkata pertemuan perbincangan RUU355 dengan pucuk pimpinan PAS negeri Melaka dan Parlimen Masjid menunjukkan reaksi positif.

"Masih banyak isu RUU355 yang perlu dibincangkan bersama dengan pucuk pimpinan PAS negeri. Bagaimanapun, apabila bertemu orang Masjid Tanah, rata-rata mereka menyokong pelaksanaan ini, yang membabitkan banyak perkara diungkit dan menjadi rungutan orang ramai.

"Buat apa peduli dengan orang bukan islam yang menghalang ... ini soal kita. Kena sokomg perkara yang membawa kebaikan pada orang islam," katanya.

21 dibaca
Berita Harian X