Jumaat, 5 Disember 2014 | 1:28pm

Laluan getir tunggu skuad B-23 Malaysia

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak negara Bawah 22 Tahun menghadapi laluan getir pada kejohanan kelayakan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang dinamakan semula sebagai Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun 2016.

Mengikut undian di Rumah AFC, Bukit Jalil di sini, hari ini, skuad negara bimbingan Razip Ismail akan berdepan dengan Jepun, Macau dan Vietnam dalam saingan Kumpulan I.

Perlawanan Kumpulan I akan diadakan di Malaysia. Pusingan kelayakan akan berlangsung dari 23 hingga 31 Mac depan di 10 negara manakala pusingan akhir akan diadakan di Qatar pada Januari 2016.

Sejumlah 10 juara kumpulan dan lima pasukan terbaik tempat kedua dalam kumpulan akan mara ke pusingan akhir.

Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun itu bertindak sebagai pusingan kelayakan Sukan Olimpik dengan tiga pasukan terbaik akan mewakili benua Asia pada Sukan Olimpik 2016 di Brazil. - BERNAMA

INFO

KUMPULAN A: Iraq, Oman, Bahrain, Lubnan, Maldives

KUMPULAN B: Jordan, Kuwait, Kyrgyzstan, Pakistan, Turkmenistan

KUMPULAN C: Arab Saudi, Iran, Nepal, Palestin, Afg hanistan.

KUMPULAN D: UAE, Yemen, Tajikistan, Sri Lanka

KUMPULAN E: Syria, Uzbekistan, India, Bangladesh

KUMPULAN F: Australia, Myanmar, Hong Kong, Taiwan

KUMPULAN G: Korea Utara, Thailand, Kemboja, Filipina

KUMPULAN H: Korea Selatan, Indonesia, Timor-Leste, Brunei Darussalam

KUMPULAN I: Jepun, MALAYSIA, Vietnam, Macau

KUMPULAN J: China, Laos, Singapura, Mongolia

139 dibaca
Berita Harian X