Sabtu, 19 November 2016 | 10:14pm

15 hilang bot karam di Laut Jawa

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 15 orang dilaporkan hilang selepas sebuah bot laju bertembung dengan kapal kargo Vietnam dan karam di Laut Jawa, hari ini.

Menurut pihak berkuasa tempatan, bot terbabit membawa 27 penumpang, melalui perairan kira-kira 50 kilometer dari pantai Tuban, iaitu bandar kecil di Jawa Timur ketika ia karam selepas bertembung dengan kapal kargo, yang membawa tepung ubi kayu dari Vietnam.

Semua 22 anak kapal Vietnam di atas kargo itu dilaporkan selamat, sementara bot laju membawa kebanyakan nelayan warga Indonesia tenggelam akibat nahas itu.

"Seramai 12 orang diselamatkan, manakala 15 lagi masih hilang," kata jurucakap bagi agensi bencana tempatan, Frans Supriadi.

Pasukan keselamatan mengerah bot dan helikopter bagi mencari mangsa yang masih hilang.

Supriadi berkata, lokasi nahas itu adalah laluan perdagangan paling sibuk dan saksi mengesyaki pemandu bot laju itu terlalu mengantuk serta tidak nampak kapal Vietnam berkenaan. - AFP

23 dibaca
Berita Harian X