Sabtu, 12 November 2016 | 5:36pm
MENTERI Hal Ehwal Asing, Salahuddin Rabbani diundi keluar. - Foto Reuters

Parlimen Afghanistan pecat tiga menteri

KABUL: Parlimen Afghanistan memecat tiga menteri, termasuk menteri hal ehwal luar negara, hari ini berikutan prestasi yang lemah dan kegagalan untuk menghabiskan semua dana belanjawan yang diperuntukkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Keadaan itu jelas memberikan tamparan hebat kepada kerajaan pimpinan Presiden Ashraf Ghani.

"Menteri Hal Ehwal Asing, Salahuddin Rabbani diundi keluar dan kami meminta presiden untuk memperkenalkan calon lain dan dua calon lagi untuk dua kementerian lain," kata speaker parlimen, Abdul Rauf Ibrahimi.

Penggubal undang-undang turut menyingkirkan menteri Kerja Raya dan Perkhidmatan Sosial. - Reuters

18 dibaca
Berita Harian X