;
Rabu, 14 September 2016 | 9:33am

Gempa bumi di Tanzania: Tiada rakyat Malaysia terbabit

PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam gempa bumi yang melanda daerah Nsunga, Tanzania, Isnin lalu.

Kementerian Luar dalam kenyataannya hari ini menyebut, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi, Kenya, yang ditauliahkan serentak ke Tanzania akan memantau keadaan insiden serta perkembangan terkini mengenai kejadian berkenaan.

"Rakyat Malaysia di Tanzania dinasihatkan sentiasa berhubung dengan Suruhanajaya Tinggi Malaysia di Nairobi dan mematuhi segala arahan serta nasihat keselamatan daripada pihak berkuasa Tanzania," katanya.

Gempa bumi yang berukuran 5.9 skala Richter itu menyebabkan 16 maut dan lebih 200 orang cedera.

Gegaran itu turut dirasai oleh negara Afrika di rantau Great Lakes seperti di Burundi, Kenya, Rwanda dan Uganda.

91 dibaca
Berita Harian X