Ahad, 11 September 2016 | 1:43am
Gempa bumi kerap berlaku di sempadan Tasik Victoria, Tanzania dalam kadar berintensiti rendah. - Foto AFP

Gempa di Tanzania: 11 maut, 100 cedera

DAR ES SALAAM: Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan kira-kira 100 cedera di Daerah Bukoba, Tanzania, apabila gempa bumi berukuran 5.7 magnitud menggegarkan negara itu, semalam.

Ketua Polis Wilayah Kagera, Augustine Ollomi berkata, beberapa mangsa sudah dibawa ke hospital dan usaha menyelamat sedang dijalankan.

Terdahulu, Pusat Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa yang berlaku sekitar 12.27 tengah hari waktu tempatan itu berpusat kira-kira 25 kilometer ke timur bandar barat laut Nsunga dekat sempadan Tasik Victoria.

Gempa itu turut dirasa di beberapa negara jiran seperti Rwanda, Burundi, Uganda dan Kenya. - AFP

52 dibaca
Berita Harian X