Ahad, 28 Ogos 2016 | 1:51pm

Rashford main peranan besar: Mourinho


JOSE Mourinho. - Foto AFP

HULL: Jose Mourinho menegaskan Marcus Rashford akan memainkan peranan yang besar buat Manchester United selepas pemain muda itu menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan untuk mereka menang tipis 1-0 ke atas Hull City.

Rashford 'diturunkan pangkat' menyertai skuad Bawah 21 Tahun England minggu ini selepas langsung tidak beraksi dalam dua perlawanan pertama United musim ini.

Namun pemain berusia 18 tahun itu muncul daripada bangku simpanan untuk menyudahkan hantaran silang rendah Wayne Rooney pada aksi di Stadium KCOM sekali gus membolehkan The Red Devils pulang dengan mata penuh.

Mourinho memiliki reputasi baik berhubung perkembangan pemain muda. Rashford adalah pemain remaja pertama menjaringkan gol di Liga Perdana Inggeris (EPL) di bawah kendaliannya namun bekas bos Chelsea itu memuji persembahan wira United itu.

"Rashford ada banyak peluang yang menantinya pada masa hadapan. Dia membawa perubahan kepada pasukan dalam perlawanan ini.

"Dia mendatangkan masalah kepada pasukan lawan jadi saya gembira untuk dia dan juga pasukan. Kami berjaya mengawal serangan balas pasukan mereka," katanya. - Agensi

97 dibaca
Berita Harian X