Ahad, 24 Julai 2016 | 8:58am
SUKARELAWAN memberi bekalan makanan kepada penduduk kampung dalam bot di atas air banjir, di Perkampungan Xinhua daerah Xinchang daerah di bandar Wuhan, China. - Foto EPA

154 maut banjir buruk di utara China


PANDANGAN udara air banjir di Perkampungan Xinhua daerah Xinchang di bandar Wuhan, Wilayah Hubei tengah China. - Foto EPA

BEIJING: Hujan lebat melanda seluruh China sudah mengorbankan sekurang-kurangnya 154 orang dan menyebabkan 124 lagi hilang, kata pegawai, dengan kebanyakan kematian dilaporkan berlaku di wilayah utara.

Penduduk di wilayah itu juga mengadu mengenai mengenai ketiadaan amaran sebelum banjir kilat itu melanda.

Hujan, yang bermula pada Isnin, membanjiri sungai, menyebabkan tanah runtuh dan memusnahkan rumah di seluruh negara itu.

Kebanyakan kematian dilaporkan di Wilayah Hebei dan Jabatan Hal Ehwal Sivil wilayah berkata, 114 maut dan 111 lagi dilaporkan hilang.

Lebih tiga juta penduduk dipindahkan di Hebei, dan wilayah itu membuat satu lagi pusingan memperuntukkan khemah, selimut, kasut but dan penjana kuasa, kata jabatan itu.

Di Bandaraya Xingtai di Hebei saja, 25 terbunuh dan 13 lagi hilang.

Kampung Daxian di Xingtai dilanda banjir kilat awal Rabu lalu ketika penduduk tidur. Lapan orang, termasuk tiga kanak-kanak, terbunuh dan seorang lagi hilang dalam banjir.

Namun keadaan semakin buruk apabila media sosial mula menyiarkan orang kampung yang marah mula menghalang jalan raya, menuduh pihak berkuasa gagal memaklumkan kepada mereka masa pemindahan apabila takungan di hulu mula melepaskan air banjir.

Gambar yang disiarkan secara online, diiringi gambar mangsa lemas, juga menuduh pegawai tempatan menutup tragedi itu dengan berbohong bahawa tiada kematian di kawasan itu.

Media tempatan kemudian mengesahkan seorang pegawai berkata banjir kilat itu tidak menyebabkan kematian.

Beberapa gambar menunjukkan imej kanak-kanak lemas dalam lumpur, mayat mengembang dan kulit pucat. - AGENSI

46 dibaca
Berita Harian X