Isnin, 18 Julai 2016 | 4:50pm
Aksi 'Supermodel' Aaisyah Dhia Rana di luar negara.
Aksi 'Supermodel' Aaisyah Dhia Rana di luar negara.

Anak Che Ta persis supermodel cilik


Aksi 'Supermodel' Aaisyah Dhia Rana di luar negara.

KUALA LUMPUR: Gaya anak Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana, sepanjang percutian keluarga di Eropah terus mencuri perhatian di laman Instagram peribadi hos dan pelakon itu apabila mendapat ribuan 'likes' serta komen pengikut.

Rata-rata yang memberikan maklum balas memuji kelincahan kanak-kanak berusia 18 bulan itu beraksi di depan kamera sambil menggayakan kaca mata serta tas tangan mewah hingga ramai menggelarkannya bakal supermodel.

Rozita atau mesra disapa Che Ta memaklumkan si kecil yang dipanggil Aaisyah itu memang bijak melaram dan tidak kekok apabila lensa kamera jurugambar peribadi yang menyertai percutian berkenaan di hala kepadanya.


Aksi 'Supermodel' Aaisyah Dhia Rana di luar negara.


Aksi 'Supermodel' Aaisyah Dhia Rana di luar negara.

"Lagaknya memang macam dialah supermodel yang sedang melebarkan sayap di Eropah. Memang pos yang diberikan buat saya, Zain dan jurugambar membuatkan kami ketawa besar.

"Nampak sangat dia suka melaram macam saya. Telatahnya turut mencuri perhatian orang di sana. Syukur sepanjang percutian dia tidak membuat kerenah sekali gus melancarkan percutian kami," katanya kepada BH Online.

Selain Che Ta dan Aaisyah, rombongan yang berlepas ke beberapa lokasi di Eropah seperti Barcelona, Cordoba, Granada, Seville, Madrid dan Toledo itu turut disertai suaminya, Zain Saidin serta pereka fesyen, Man Kajang.

Mereka memulakan percutian pada hari raya ke empat dan dijadualkan pulang ke tanah air 21 Julai ini.

409 dibaca
Berita Harian X