Selasa, 11 November 2014 | 4:19pm
Presiden Russia, Vladimir Putin (kiri) bercakap dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ketika menghadiri sidang kemuncak Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Beijing hari ini. - Foto EPA

Putin, Abbott mahu siasatan MH17 disegerakan

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin dan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott hari ini berbincang mengenai nahas pesawat Penerbangan Malaysia, MH17 yang terhempas ketika menghadiri Sidang Kemuncak Forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), di sini.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, berkata kedua-dua pemimpin mahukan siasatan dilakukan dengan seberapa segera yang boleh.

Putin juga berbual seketika dengan Presiden Barack Obama pada sidang kemuncak itu yang berlangsung di sini, dan mereka menyentuh mengenai krisis Syria, Ukraine dan Iran. - Agensi

246 dibaca
Berita Harian X