Jumaat, 3 Jun 2016 | 3:16pm

Lelaki Pakistan 35 anak mahu miliki 100 zuriat


SARDAR Jan bersama sebahagian anak-anaknya di Quetta. - Foto AFP

QUETTA: Seorang lelaki yang sudah mempunyai 35 anak kini mencari isteri keempat dalam usaha mencapai matlamatnya memiliki 100 zuriat.

Sardar Jan Mohammad Khilji, 46, berkata menjadi tugasnya sebagai umat Islam mempunyai seramai anak yang mampu.

Sambil menegaskan beliau amat jarang tersilap memanggil nama anak-anaknya, juruteknik perubatan itu berkata beliau membahagikan masa dengan bergilir menghadiri acara kekeluargaan dengan mereka dan ibu masing-masing.

Jan berkata, tiga isterinya menyokong hasratnya dan menambah mereka hidup dalam harmoni walaupun tidak membenarkan AFP bercakap dengan isteri beliau.

Aktivis hak memberi amaran wanita dan kanak-kanak paling teruk menderita dalam poligami.

Lelaki di Pakistan dibenarkan berkahwin empat menurut Islam, walaupun perlu mendapatkan keizinan isteri pertama dan majlis timbang tara. - AFP

Berita Harian X