Rabu, 1 Jun 2016 | 7:59am

Skuad Euro 2016 - Perancis


PENGENDALI Perancis, Didier Deschamps. - Foto EPA

PARIS: Pengendali Perancis Didier Deschamps mengesahkan senarai akhir skuad Euro 2016, awal pagi tadi dengan beberapa rombakan kecil dibuat bagi membawa masuk Morgan Schneiderlin, Adil Rami dan Samuel Umtiti.

Trio itu menggantikan pemain dibelenggu kecederaan, Lassana Diarra yang pada saat akhir menarik diri berikutan masalah lutut, Raphael Varane dan Jeremy Mathieu.

Pertahanan Liverpool Mamadou Sakho tidak disenaraikan walaupun hukuman penggantungan selama 30 hari ke atasnya - kerana gagal dalam ujian doping - ditarik balik minggu lalu.

Tuan rumah itu kelihatan berada dalam keadaan terbaik ketika ini selepas menundukkan Cameroon 3-2 di Nantes, kelmarin. Mereka akan melalui satu lagi aksi pemanas badan menentang Scotland di Metz, Sabtu ini.

Les Bleus akan berdepan Romania dalam aksi pembukaan Kumpulan A pada 10 Jun ini sebelum bertemu Albania dan Switzerland. - Reuters

Skuad 23 pemain Perancis

Penjaga Gol: Hugo Lloris (Tottenham Hotspur), Steve Mandanda (Olympique de Marseille), Benoit Costil (Stade Rennais)

Pertahanan: Samuel Umtiti (Olympique Lyonnais), Laurent Koscielny (Arsenal), Eliaquim Mangala (Manchester City), Adil Rami (Sevilla), Patrice Evra (Juventus), Bacary Sagna (Manchester City), Lucas Digne (AS Roma), Christophe Jallet (Olympique Lyonnais)

Tengah: Paul Pogba (Juventus), Blaise Matuidi (Paris St Germain), Morgan Schneiderlin (Manchester United), N'Golo Kante (Leicester City), Yohan Cabaye (Crystal Palace), Moussa Sissoko (Newcastle United)

Penyerang: Antoine Griezmann (Atletico Madrid), Dimitri Payet (West Ham United), Anthony Martial (Manchester United), Kingsley Coman (Bayern Munich), Olivier Giroud (Arsenal), Andre-Pierre Gignac (UANL Tigres)

130 dibaca
Berita Harian X