Jumaat, 25 March 2016 | 6:04pm

Polis akan panggil Guan Eng rekod keterangan


POLIS akan memanggil Guan Eng untuk merekodkan keterangannya berhubung isu pembelian banglo dalam tempoh terdekat ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk merekodkan keterangannya berhubung isu pembelian banglo dalam tempoh terdekat ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan membabitkan perakuan palsu selepas menerima laporan daripada orang awam.

"Laporan polis sudah dibuat dan kita akan panggil Ketua Menteri Pulau dan pemilik asal banglo berkenaan, Phang Li Koon untuk diambil keterangan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-209 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X