Khamis, 3 March 2016 | 3:20pm

Pos Laju kuasai 38 peratus bahagian pasaran kurier

KUALA LUMPUR: Pos Laju, unit kurier Pos Malaysia Bhd, menguasai 38 peratus bahagian pasaran industri kurier domestik pada 2015, meningkat daripada 25 peratus pada 2008, susulan peningkatan sektor e-dagang.

Segmen perkhidmatan pos turut meningkat didorong e-dagang sebagai faktor utamanya, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh.

"Pos Malaysia juga optimis terhadap pertumbuhan tahun ini biarpun berdepan cabaran daripada penyedia perkhidmatan antarabangsa," katanya selepas melancarkan Kempen "Hantar dan Menang" Pos Malaysia, di sini, hari ini.

- BERNAMA

191 dibaca
Berita Harian X