Isnin, 22 Februari 2016 | 9:04pm

Ranking Ferrer jatuh dua anak tangga

PARIS: Kegagalan David Ferrer mara ke pentas final Terbuka Rio de Janeiro kelmarin menyebabkan ranking dunianya terjatuh sebanyak dua anak tangga.

Kei Nishikori dan Thomas Berdych mengatasi kedudukan pemain Sepanyol itu dalam kelompok 10 terbaik dunia dengan Ferrer turun ke tangga kelapan.

Pemain sedang meningkat dari Austria, Dominic Thiem mendaki empat anak tangga untuk menghuni kedudukan ke-15 selepas mara ke pentas separuh akhir Rio seminggu selepas menyambar gelaran di Buenos Aires.

Bintang muda Australia, Nick Kyrgios pula meraih kedudukan ranking peribadi tertinggi di tangga ke-33 selepas memenangi gelaran pertama ATP di Marseille, Ahad lalu.


AKSI pemain Austria, Dominic Thiem ketika menentang David Ferrer pada suku akhir Kejohanan Rio de Janeiro pada 19 Februari lalu. - Foto EPA

Novak Djokovic yang akan memulakan musim ini di Dubai kekal sebagai peneraju dalam senarai ranking dunia yang dikemaskini sebentar tadi. - AFP

Ranking Tenis ATP

1 Novak Djokovic (SER) 16,790 mata

2 Andy Murray (GBR) 8,855

3 Roger Federer (SWI) 8,795

4 Stan Wawrinka (SWI) 5,870

5 Rafael Nadal (ESP) 4,880

6 Kei Nishikori (JPN) 4,235 (+1)

7 Tomas Berdych (CZE) 3,990 (+1)

8 David Ferrer (ESP) 3,915 (-2)

9 Jo-Wilfried Tsonga (FRA) 2,950

10 Richard Gasquet (FRA) 2,760

11 John Isner (USA) 2,585

12 Marin Cilic (CRO) 2,555

13 Milos Raonic (CAN) 2,450

14 Kevin Anderson (RSA) 2,200

15 Dominic Thiem (AUT) 2,020 (+4)

16 David Goffin (BEL) 1,970(+1)

17 Gael Monfils (FRA) 1,950 (-1)

18 Roberto Bautista (ESP) 1,935

19 Gilles Simon (FRA) 1,895 (-4)

20 Benoit Paire (FRA) 1,686 (+2)

27 dibaca
Berita Harian X