Rabu, 20 Januari 2016 | 2:30pm

Federer mudah jinakkan Dolgopolov


ROGER Federer dan Aleksandr Dolgopolov. - Foto REUTERS

MELBOURNE: Pemain tenis nombor tiga dunia, Roger Federer mara ke pusingan ketiga Terbuka Australia selepas menang ke atas Aleksandr Dolgopolov, sebentar tadi.

Juara Grand Slam 17 kali itu tidak berdepan banyak masalah menumbangkan pemain Ukraine yang juga ranking ke-35 dunia dengan 6-3, 7-5, 6-1 dalam masa sejam 33 minit di gelanggang Rod Laver Arena. - AFP

73 dibaca
Berita Harian X