Khamis, 14 Januari 2016 | 4:16pm

IS keluar amaran tersirat sebelum serangan - Polis


ANGGOTA polis berkumpul di luar sebuah restoran yang berhampiran lokasi pengeboman di Jakarta, hari ini. - Foto Reuters

JAKARTA: Kumpulan militan IS menghantar amaran tersirat sebelum kejadian letupan yang menggegarkan ibu negara Indonesia sehingga mengorbankan empat orang, menurut polis.

Jurucakap polis, Anton Charliyan, berkata masih tidak jelas kumpulan mana yang melakukan serangan yang disifatkan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sebagai "tindakan keganasan".

"Amaran itu menyebut akan berlaku konsert di Indonesia dan ia bakal menjadi berita antarabangsa," katanya kepada stesen radio tempatan.

Beliau tidak memberikan maklumat lanjut mahupun bila amaran itu dikeluarkan.

Bulan lalu, polis berjaya mematahkan rancangan pengganas di Indonesia yang antaranya dipercayai mempunyai kaitan dengan militan IS.

Ratusan rakyat Indonesia dikhuatiri menyertai kumpulan pengganas yang menguasai sebahagian besar wilayah di Iraq dan Syria. - AFP

37 dibaca
Berita Harian X