Isnin, 28 Disember 2015 | 12:08pm

Samsung dijangka keluarkan 5 juta Galaxy S7


TELEFON pintar Galaxy S7.

SEOUL: Samsung Electronics Co Ltd, pengeluar telefon pintar terbesar dunia, bercadang membuat pengeluaran awal kira-kira lima juta telefon pintar Galaxy S7 baharu, demikian menurut laporan Electronic Times Korea Selatan hari ini.

Akhbar yang memetik sumber berkata, Samsung bercadang melancarkan dua versi telefon pintar baharu itu: versi skrin datar 5.2 inci dan versi skrin lengkung 5.5 inci yang akan dipanggil Galaxy S7 Edge.

Samsung bercadang mengeluarkan 3.3 juta peranti skrin datar itu dan sekitar 1.6 juta unit versi skrin lengkung Februari tahun depan.

Jurucakap Samsung Electronics bagaimanapun enggan mengulas laporan berkenaan. - REUTERS

53 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »