Selasa, 22 Disember 2015 | 7:15am

Tidak hirau ancaman bunuh untuk jadi Ratu Iraq


AKSI ratu cantik, Shaima Qassem ketika pertandingan ratu cantik Iraq. - Foto REUTERS

BAGHDAD: Seorang pelajar wanita bidang ekonomi Iraq tidak menghiraukan ancaman bunuh serta kritikan untuk muncul sebagai ratu cantik rasmi Iraq yang pertama sejak 1972.

"Saya mahu memaparkan bahawa wanita Iraq mempunyai identiti tersendiri dalam masyarakat, mereka mempunyai hak sebagaimana kaum lelaki," kata Shaima Qassem Abdulrahman, 20, kelmarin.

"Saya tidak takut apa-apa kerana saya yakin apa yang saya lakukan tidak salah."

Lebih 150 wanita memohon menyertai pertandingan ratu cantik Iraq atau 'Miss Iraq', penganjur berkata ia adalah untuk menghidupkan kembali Iraq selepas bertahun-tahun dilanda pertumpahan darah dan pergolakan dalaman. - AGENSI

83 dibaca
Berita Harian X