Selasa, 15 Disember 2015 | 11:16am

Dua beradik maut dihempap pokok

ALOR SETAR: Dua beradik yang menaiki sebuah motosikal, maut dihempap sebatang pokok yang tumbang secara tiba-tiba di Jalan Gunung, berhampiran Masjid Gunung Keriang, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah malam itu, Rizal Mohd Saad, 21, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, sedang membonceng adiknya, Muhammad Raziq, 17, yang menunggang motosikal jenis Demak.

Dua beradik itu dikatakan dalam perjalanan dari arah Kuala Kedah untuk pulang ke rumah di Sungai Korok, di sini.

Jurucakap polis berkata, ketika melalui Jalan Gunung, sebuah pokok besar di kiri jalan tiba-tiba tumbang dan menghempap motosikal dinaiki dua beradik itu.

"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat," katanya.

194 dibaca
Berita Harian X