Selasa, 8 Disember 2015 | 3:23pm

ADINDA mantapkan evolusi Puteri UMNO


SETIAUSAHA Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin serta Ahli Majlis Tertinggi Datuk Irmohizam Ibrahim di Majlis Pelancaran Inisiatif terbaharu Pergerakan Puteri UMNO, ADINDA di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Mohd Shahril Badri

KUALA LUMPUR: Dalam usaha memantapkan evolusi Puteri UMNO dan mempersiapkan generasi pelapis pergerakan itu, ADINDA yang dilancarkan sebentar tadi dilihat tempat pada masanya.

Langkah itu juga selaras dengan proses peremajaan dan pengkaderan UMNO selain menyedari pelbagai persepsi negatif dalam kalangan golongan muda terhadap dunia politik.

ADINDA yang dilancarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan menjadi platform untuk membantu menentang stereotaip yang melihat ahli Puteri sebagai kelompok mentah yang kurang pengalaman, kepakaran dan kapasiti.

Nama ADINDA dipilih sebagai suatu tanda kehormatan dan rendah diri golongan wanita muda di dalam UMNO kepada kepemimpinan tertinggi khususnya Puteri.

Inisiatif terbaharu di bawah Puteri UMNO itu dikhaskan kepada golongan wanita berusia 18 hingga 25 tahun.

Yang turut hadir Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

39 dibaca
Berita Harian X