Ahad, 24 September 2017 | 9:00am
Pengurus Program Google Street View, Asia Tenggara, Nhazlisham Hamdan. - Foto NSTP/Khairul Azhar Ahmad
Kamera street view oleh google bersama kerjasama WWF. - Foto ihsan Pembaca
Kamera street view oleh google bersama kerjasama WWF. - Foto ihsan Pembaca
Kamera street view oleh google bersama kerjasama WWF. - Foto ihsan Pembaca

Google melayari keindahan bawah air di lokasi terpilih di Malaysia


Kamera street view oleh google bersama kerjasama WWF. - Foto ihsan Pembaca

Google Malaysia buat kali pertama memperkenalkan koleksi istimewa pemandangan gambar dalam laut di Pulau Tioman sebagai platform pelayarnya meneroka alam maya di tempat menarik di lokasi berkenaan.

Ia dilakukan oleh Google Malaysia tanpa kerjasama agensi lain dengan hanya menggunakan peralatan asas, namun dapat memberi imej terbaik kepada pelayarnya.

Pastinya mereka yang sudah dan akan bersantai atau bercuti di Tioman pasti berasa berbangga, malah cukup teruja dengan keindahan pulau itu kerana sudah menjadi sebahagian daripada destinasi popular, bukan saja kalangan pelancong tempatan tetapi juga luar negara.

Bagi mereka yang fobia menyelam, rakaman pemandangan bawah laut yang dibuat oleh Google Malaysia sudah tentu sedikit sebanyak membantu anda seperti berada di perairan Tioman dengan merasai suasana yang cukup mendamaikan.


Pengurus Program Google Street View, Asia Tenggara, Nhazlisham Hamdan. - Foto NSTP/Khairul Azhar Ahmad

Pengurus Program Google Street View, Asia Tenggara, Nhazlisham Hamdan, berkata gambar dalam laut bukan sesuatu yang baharu, tetapi di Malaysia, ia kali pertama diperkenalkan dengan menggunakan perisian 'stitching' yang boleh melihat imej 360 darjah.

Katanya, selain memberi pengalaman secara realiti di alam maya kepada pelayar Google, ia juga dapat memberi maklumat dari sudut tempat bersejarah dan sesuai sebagai bahan pendidikan.

"Tioman sering menjadi pilihan penyelam, mudah dikunjungi dan bukan kawasan larangan," katanya.

Guna peralatan mudah, ringkas

Nhazlizham berkata, jika sebelum ini jalan awam, tempat menarik dan gunung tertinggi sudah dijelajah, kali ini pemandangan bawah laut menjadi pilihan untuk diperkenalkan kepada pelayar Google.

"Apabila gunakan perisian ini, orang ramai boleh menikmati imej itu dengan lebih menarik," katanya.


Kamera street view oleh google bersama kerjasama WWF. - Foto ihsan Pembaca

Bagi mendapatkan pemandangan terbaik di bawah laut itu, beliau menyelam secara manual bersama pakar penyelam dan meletakkan kamera di tempat menarik sepanjang menyelam.

Pemilihan lokasi ditentukan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia dan setiap minit, beliau perlu memindahkan ia secara manual, namun mudah kerana peralatannya ringkas berbanding kamera besar.

"Kamera digunakan hanya boleh bertahan untuk kedalaman tidak kurang 10 meter.

"Selain itu, arus airnya berubah-ubah, kedudukan perlu stabil dan tempoh menyelam tidak kurang daripada 45 minit hingga sejam saja," katanya.


Kamera street view oleh google bersama kerjasama WWF. - Foto ihsan Pembaca

Bekerjasama dengan WWF

Selain Tioman, lokasi lain yang diperkenalkan oleh Google Street View adalah Rumah Tradisional Orang Asli Semai, Pahang dan Taman Tun Mustapha (TTM), Sabah dengan kerjasama Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).

Diikuti Pulau Renggis, Tedau Bay, Genting Bay, Pulau Batu Malang dan Pulau Soyak, manakala lokasi daratan seperti rumah tradisional Semai, Melayu Perak, Banjar Perak dan Negeri Sembilan.

Pengarah Konservasi WWF, Dr Sundari Ramakrishna, berkata TTM mempunyai kepentingan dari sudut sektor perikanan yang menjadi sumber pendapatan pada kira-kira 85,000 penduduknya.

"WWF menunggu selama 13 tahun untuk mewartakan TTM sebagai taman. Untuk menguruskan TTM ini banyak cabarannya kerana ia adalah taman marin paling besar sekali.

"Jadi semua pihak memainkan peranan penting agar undang-undang di TTM ini dapat diperkukuhkan lagi supaya dapat memberi perlindungan menyeluruh dan membantu penduduk di situ," katanya.


Kamera street view oleh google bersama kerjasama WWF. - Foto ihsan Pembaca

Bantu aktiviti pelancongan, pemuliharaan

Pengurus Kreatif Multimedia WWF, Mazidi Abd Ghani, berkata pihaknya mengadaptasi teknologi Google untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan alam semula jadi yang menyokong pelbagai biologi kepada setiap orang di seluruh dunia.

Katanya, sebelum ini WWF menggunakan teknologi seperti kamera perangkap dan drone, tetapi kali ini dengan menggunakan teknologi kamera trekker, dan ia sangat mudah dikendalikan.

"Kita memilih 13 tempat seperti pemuliharaan, pelancongan, perlindungan sumber makanan dan komuniti di situ untuk perkenalkan kepada orang ramai, selain mendapat sokongan daripada taman di Sabah.

"Individu yang tidak pernah jejak ke TTM, boleh melayari keindahan taman marin yang sangat indah," katanya.

736 dibaca
Berita Harian X