Sabtu, 31 March 2018 | 12:09pm

Jam biologi pengaruhi aturan tubuh

TUBUH setiap individu mempunyai jam biologi(JB) tersendiri yang dikawal oleh sekumpulan sel pada hipotalamus (bahagian otak manusia).

Aturan rutin tubuh ditetapkan penting bagi membolehkan tubuh sentiasa bersedia menghadapi perubahan dijangka.

Contohnya, tubuh sudah menjangkakan pada waktu malam adalah waktu untuk berehat dan tidur, manakala waktu siang pula untuk bekerja.

JB mempengaruhi hampir keseluruhan aspek aturan tubuh dan perlakuan manusia, terdapat interaksi rapat antara sistem ini dengan kadar metabolisme dan keseimbangan tenaga dalam tubuh.

Memahami JB mampu membantu kita untuk makan dan menjalankan aktiviti pada waktu yang sesuai.


ARYL mendakwa ada 'benda' mengganggu hidupnya hingga memaksa dirinya mendapatkan bantuan pengamal perubatan tradisional. - Foto IG Ayrl Falak

Setiap hari tubuh kita mempunyai jadual tetap yang mempengaruhi penggunaan dan penyimpanan tenaga seterusnya menentukan aras metabolisme setiap individu.

Oleh itu, sebarang ketidakseimbangan seperti gangguan tidur, perubahan tempat yang merentasi garisan meridian danbekerja secara syif boleh mempengaruhi JB.

Jam 4 pagi hingga 12 tengah hari

Perkumuhan paling aktif pada sela masa ini kerana sisa metabolisme tubuh akan mula dikumuhkan.

Oleh itu, normal bagi individu mempunyai desakan untuk ke tandas pada waktu pagi sebelum menjelang tengah hari.

Peningkatan mendadak tekanan darah danrencatan rembesan melatonin (hormon mengawal tidur dan bangun) apabila bangun daripada tidur akan membuatkan metabolisme tubuh naik mendadak selepas berehat semasa tidur.

Oleh itu, sarapan adalah penting setiap hari bagi memastikan metabolisme tubuh yang naik itu kekal pada tahap optimum.


PEMANGKU Peguam Negara, Sally Yates. - Foto Reuters

Tabiat mengabaikan sarapan boleh menurunkan metabolisme tubuh seterusnya menghantar mesej yang salah kepada tubuh iaitu kita berada dalam situasi kekurangan tenaga.

Mesej itu akan membuatkan tubuh mula rancak menyimpan tenaga dalam bentuk sel lemak.

Jam 12 tengah hari hingga 8 malam

Pencernaan berlaku paling cekap ketika ini, tubuh bersedia untuk menerima makanan dan enzim pencernaan rancak dirembeskan.

Pengambilan makanan seperti makan tengah hari dan makan malam sesuai pada sela masa ini.

Tidak kira sama ada kita sedang dalam keadaan ingin menurunkan berat badan ataupun tidak, amalan makan secara sihat perlu diteruskan.

Antara jam 12 tengah hari dan 2 petang, suhu tubuh biasanya akan turun sedikit. Oleh itu, biasa kita mengantuk walaupun tidak mengambil sebarang makanan berat ketika tengah hari.

Oleh itu,tidur sekejap dalam sela masa pendek ini dapat membantu kita untuk kekal segar menghadapi hari.

Jam 5 hingga 7 petang

Suhu tubuh tinggi, koordinasi tubuh terbaik, penghantaran oksigen ke seluruh sel tubuh lancar, fungsi paru­paru optimum dan otot menerima tenaga serta oksigen yang mencukupi untuk berfungsi.

Ini adalah masa sesuai untuk bersenam.

Jam 8 malam hingga 4 pagi

Penyerapan berlaku dengan berkesan pada masa ini yang mana tubuh akan memproses zat makanan untuk pertumbuhan, perkembangan dan pembaikan sel tubuh.

Bagi memastikan penyerapan adalah optimum, organ dan enzim untuk pencernaan akan bertindak lebih perlahan pada masa ini.

Kadarmelatoninyangmeningkat pada waktu malam bukan saja berfungsi mencetuskan rasa mengantuk, malah turut melambatkan proses pencernaan.

Makan pada waktu ini adalah kurang sesuai kerana proses pencernaan adalah kurang cekap, seterusnya tenaga lebih mudah disimpan sebagai lemak tubuh berbanding digunakan untuk proses metabolisme tubuh.

Makan lewat malam meningkatkan risiko obes kerana kitaran normal JB, tubuh kita menjangkakan waktu malam untuk tidur.

Oleh itu, makan lewat malam boleh mengganggu metabolisme tubuh dan mengganggu penghasilan insulin serta menyebabkan peningkatan berat badan.

Selain itu, makan lewat malam turut mengganggu kualiti tidur.

Kesimpulannya, set jam anda untuk mengikut irama jam biologi agar setiap aktiviti pengambilan dan penggunaan tenaga memberi manfaat kepada tubuh secara maksimum.

Penulis adalah Pensyarah Kanan Fisiologi Manusia, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

589 dibaca
Berita Harian X