Isnin, 12 Februari 2018 | 11:47am
CHINATOWN Heritage Centre berperanan seperti muzium. - Foto Zubir Mohd Yunus
CHINATOWN Singapura sentiasa dipenuhi pelancong setiap hari. - Foto Zubir Mohd Yunus

Chinatown papar sejarah Cina Singapura

Tidak lengkap kunjungan atau pengembaraan anda ke Singapura sekiranya tidak menjejakkan kaki ke Chinatown yang dianggap pintu gerbang penghijrahan kaum Cina ke republik berkenaan.

Penghijrahan seawal tahun 1819 iaitu ketika zaman kegemilangan Sir Stamford Raffles yang menemui Temasek (nama asal Singapura).

Chinatown yang dikenali sebagai Kreta Ayer Road dalam kalangan orang Melayu dianggap nadi kepada pembangunan dan kepesatan ekonomi Singapura pada hari ini, sekali gus menjadi produk pelancongan terkemuka.

Migran mula membanjiri Singapura seawal 1950 memulakan kehidupan awal mereka di Chinatown. Mereka terbahagi kepada beberapa kelompok kaum berdasarkan pekerjaan dan kekayaan yang diwarisi.

Namun, kebanyakannya bekerja sebagai penarik beca, tukang kayu dan pembuat terompah, sementara perempuan apabila berkahwin sekadar menjadi suri rumah selain membantu pekerjaan suami.


ARYL mendakwa ada 'benda' mengganggu hidupnya hingga memaksa dirinya mendapatkan bantuan pengamal perubatan tradisional. - Foto IG Ayrl Falak

Lebih menarik, sebaik penulis memasuki pintu gerbang Chinatown, kebanyakan rumah kedai yang berselirat di situ adalah bangunan asal yang didirikan sejak awal tahun 1900. Kini, rata-ratanya dibaik pulih, namun masih mengekalkan struktur asal.

Premis asal itu menjadi kedai menjual cenderamata atau restoran jalanan sebagai daya penarik kunjungan pelancong asing yang ingin melihat wajah asal Singapura.

Deretan restoran jalanan yang dikenali Chinatown Food Street adalah tapak asal kedai kopi untuk acara yum cha (menikmati minuman teh Cina), kekal hingga kini.

Asal-usul Singapura dibangunkan oleh migran Cina berasal dari daerah Guangdong, Pulau Hainan, Chaozhou, Fujian dan bahagian selatan China, sekali gus membina empayar negara itu hingga pesat membangun.


ARYL mendakwa ada 'benda' mengganggu hidupnya hingga memaksa dirinya mendapatkan bantuan pengamal perubatan tradisional. - Foto IG Ayrl Falak

Bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kehidupan migrasi Cina suatu ketika dulu, ke Chinatown Heritage Centre, adalah tempatnya, iaitu muzium yang memaparkan sejarah penempatan iaitu ruang kecil diperbuat daripada kayu yang disekat-sekat atau kubikel.

Penulis sebak melihat ruang yang kecil itu didiami lapan sekeluarga, keadaannya langsung tidak terurus, namun itulah 'syurga' mereka ketika itu.

Fakta nombor

  • 164,000: Populasi kaum Cina

    di Singapura pada 1901

  • RM45: Harga tiket dewasa ke

    Chinatown Heritage Centre

INFO

  • Penaung kaum Cina pertama, William Alexander Pickering, berkhidmat pada 1877 hingga 1889.
  • Antara etnik Cina yang berhijrah ke Singapura sekitar 1950, iaitu daripada kaum Kantonis, Hainan, Hakka, Teochew dan Hokkien.
561 dibaca
Berita Harian X